Wednesday, August 17, 2011

Resepi Kek Perkahwinan



Bahan-bahan:

1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni,

Perisa:

1 buku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari

Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.

Tip-tips:
  • Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
  • Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin).
  • Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tetapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang boleh merosakkan kesihatan.
  • Gunakan kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapat pengiktirafan ISO daripada Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
Cara Memasak:
  • Lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga berbaki niat yang murni sahaja.
  • Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
  • Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
  • Biarkan di dalam loyang tadi dan disirami dengan perisanya.
  • Kek perkahwinan sedia dinikmati.
Catatan:

     Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling sedap dinikmati ketika masih lagi panas. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dipanaskan lagi di dalam ketuhar berjenama "Tempat Ibadah".

     Setelah mula panas, jangan lupa telefon atau berhubung bila berjauhan. Selamat mencuba, dijamin semuanya halal.. :))

No comments:

Post a Comment