Saturday, March 31, 2012

❤ My ℒℴνℯ ❤

It's hard for me find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time or maybe for the rest of my life.

Thursday, March 29, 2012

Wednesday, March 28, 2012

Secangkir Rasa...

Andai ada INGKAR di hati, menepis wujudnya di sisi, 
Andai bibir kelu untuk hujani BICARA INDAH pada hati,
Andai RINDU masih tersimpan kukuh di sanubari,
Aku RELA jemari menjadi PENGGANTI, 
Menyulam RAHSIA hati yang tersembunyi, 
Biar PENA yang terus BERBICARA.


Tuesday, March 27, 2012

Only You...

My heart is yours forever dear.. :)


Monday, March 26, 2012

خير إن شاء الله

لا بأس يا قلبي، كل الهموم ستنجلي ... 



Sunday, March 25, 2012

♡♡♡

 ... هناك شيء مميز في هذا الشخص يجعلني أحبه 

Saturday, March 24, 2012

Sunday, March 18, 2012

For My Future Zauj...



I want you to know that I built you a home in my heart.

A place where our memories live and our love never fades.


  إن شاء الله 


Saturday, March 17, 2012

Rindu...



Merindui itu mudah,
Dirindui itu istimewa.

Yang merindui sentiasa merana,
Yang dirindui tidak pernah tahu. 

Friday, March 16, 2012

Secubit Rindu, Sebait Resah...

 Rebah meniti langkah,
 Jatuh di ribaan lelah,
Qalbu tertulis sejarah.

Hikayat rindu semakin parah,
Dibiar sakit, didiam gundah. 


Wednesday, March 14, 2012

أنا بنفسي

Jejak yang kau ikut,
Bukan dari tapak kasihku,
Datang mencalit kenangan,
Pergi meninggalkan harapan,
Menyusul mereka gembira,
Bersembunyi di celah cerita,
Yang tertinggal adalah aku,
Sendiri menongkah hasrat,
Menjauh walaupun dekat..


Sunday, March 11, 2012

للحياة أسرار


Apa yang kita lalui, itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami, itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.

Peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
Orang lain mungkin tidak pernah tahu.

Namun mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
 Tetapi ‘rasa’ itu tidak akan sama kerana keadaan kita berbeza.

Biarlah, andai jalanan kehidupan kita tidak sama seperti insan lain.
Redhalah, andai ketentuan perjalanan kita tidak seperti orang lain.

Siapa tahu, perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
Pelik di pandangan manusia, namun istimewa pada nilaian ALLAH.

Saturday, March 10, 2012

Ya Allah...Please save my heart! :'(

 "Ya Allah, berilah kekuatan untukku menghadapi semua ini.”

Tuesday, March 6, 2012

جزيل الشكر لكم

Aku kembara telah jauh. 
Namun, kolam hatiku kian keruh. 
Beban tambah berat, diriku kian penat.
Urusan kian payah.
Jiwa semakin gundah. 

Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku yang baru sahaja berlalu aku akan 'dilahirkan' semula.
Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu.

Buat sahabat, teman dan kenalan...
Terima kasih di atas ingatan kalian. 

Pada yang jauh, maafkan ku kerana gagal mendekat. 
Pada yang hampir, maafkanku kerana gagal membelai.
Diriku cuma insan biasa yang penuh khilaf.


Monday, March 5, 2012

Yesterday Ended Last Night...

Kata pujangga, kita akan temui semula suatu yang hilang di tempat kita kehilangannya. 
Dan, sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik.

Mudah-mudahan....ini adalah permulaan yang baik... 
In sha Allah...

Ameen ya Rabbal 'alamin....