Wednesday, August 24, 2011

Hati Orang Yang Bersih Dengan Tuhannya


                                     Bersihkan jiwamu dahulu, pasti Tuhan akan membantu!!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia merasa malu dengan Tuhannya
Kerna merasa dirinya tidak pantas menerima nikmat itu
Hatinya gelisah "Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
“Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerna nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya…dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerna dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan segala sesuatu

Bila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya
"Kerana dosa akulah aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya

Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja bisa menjemput.
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya

Kakinya di dunia…namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat..
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya..!!!


No comments:

Post a Comment