Tuesday, May 22, 2012

Hakikat Sebuah Penulisan...

Dan bila kita menulis tentang cinta,
Tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta,
Atau yang paling asyik dilamun cinta,
Terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?

Dan bila kita menulis tentang kesedihan,
Bukanlah kita yang paling derita, dan paling kecewa.
Terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai,
Rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh,
Tanpa ilmu, tanpa iman.

Dan bila kita menulis tentang harapan dan impian,
Terkadang,
Bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian,
Tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia.

Dan bila kita menulis tentang sebuah ketabahan,
Bukanlah bermakna kita yang paling tabah,
Itu cuma antara cara,
Memujuk hati dan diri sendiri.

Maka,
Hakikat sebenar di balik sebuah penulisan itu,
Mungkin sukar difahami.
Mungkin kerana ia lebih mudah diselami,
Dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti.


Tuesday, May 15, 2012

You Are My Sunshine.. :)

Semoga cinta kita disandarkan kepada yang ESA.
In sha Allah.


Monday, May 14, 2012

Thanks For Everything...


I learn to be grateful for every person in my life, from every opportunities that come my way and from every smile that I come across with. Thanks for giving me this. I really appreciate it!

Sunday, May 13, 2012

~•დ╮✿╭დ•~

Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya matahari. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan semuanya, pergilah dan jangan kembali lagi.

Saturday, May 5, 2012

Ashtaaqun Ilaika Ya Syamsi...

Dalam solat aku mendoakanmu,
Walau jarak kita beribu batu,
Munajat ini mekar bersama rindu.

- Buat insan yang tercinta.. :)