Friday, September 9, 2011

~♥~



Duhai angin..
Jika kau berhembus lembut melaluinya,
Katakan padanya, aku terlalu rindu akan detik-detik manis bersamanya..

Duhai air..
Jika kau mengalir di sisinya, beritahulah padanya,
Aku pohon maaf atas segalanya yang mengguris hati dan jiwanya..

Duhai unggas..
Jika kau terbang melintasinya, sampaikan pesanan ini kepadanya..
"Kita berdua dipertemukan kerana takdir Allah..kita bersama atas kasih persaudaraan..kita dipisahkan kerana batas waktu seharian.."

Namun takku biar kasih ini kelayuan..
Kan ku siram agar ia subur berpanjangan..
Doa yang ku panjatkan untukmu kan selalu terangkai dalam satu jambangan..
Harumnya tersebar ke serata alam..hanya untukmu..
Seorang yang sangat ku hargai...

Kau adalah sahabatku buat selamanya,
Semoga dirimu sentiasa mekar dalam bimbingan cinta Ilahi..ameenn.

No comments:

Post a Comment