Kenangan lalu menganggu mindaku. Gambar, video dan segala rakaman dia membuatkan aku tiba-tiba sedih dan pilu. Bukan niat untuk membuka kembali kisah silam yang telah terukir. Cuma diri ini susah untuk melenyapkan segala apa yang bermain di minda.
Satu  per satu segalanya kembali segar dalam ingatanku. Kenangan pertemuan  bersama dia 4 tahun lalu sungguh membuatkan diri ini terusik. Kalaulah  dia tidak hadir entah apa agaknya terjadi pada diriku. Dialah antara  pembakar semangat, peneman aku berkongsi suka, penenang aku tika  duka, penolong aku ketika susah dan dia juga antara insan yg paling  memahami diri ini sepanjang kehidupanku.
4  tahun berlalu penuh dgn kisahnya tersendiri. Kegembiraan bertemu tapi  perjalananya begitu sukar. Goyah dengan pelbagai ujian dan  cabaran. Kekangan terlalu banyak menghalang. Betapa sukarnya melalui segala  masalah yang bergolak di jiwa. Mencuba bertahan menjalani kehidupan seperti  biasa. Perjalanan yang begitu sukar kadang-kadang mendatangkan rasa sesal. Sedih  memilih jalan ini. Abis rosak jiwaku, abis rosak cintaku pada Ilahi..
Berkali-kali  dan mungkin juga berjuta kali aku ingin untuk menghentikan  segala-galanya. Mahu ditinggalkan dan ditinggalkan. Ingin aku menjadi  seperti yang lain, mudah sahaja menolak cinta. Ingin aku buat tidak peduli. Namun dadaku sesak memikirkannya. Bagi aku bukan mudah untuk menyintai  seseorang dan bukan mudah untuk melepaskan begitu sahaja rasa sayang  pada seseorang yang lain. Bagi aku cinta itu terlalu istimewa. Tidak akan ada dua  atau tiga…
Aku  ingin mencintai seseorg itu dengan tulus hatiku. Aku mahu cintaku mengalir  bersama keredhaan dan keberkatan Ilahi. Kerana aku ingin merasai rasa  cinta yang lebih indah iaitu cinta Ilahi. Aku ingin hidup  kerana-Nya. Melaksanakn segalanya dgn tenang.
Setiap  insan pasti akan diuji tentang cinta. Namun yang berbeza mungkin pada jalan  ceritanya. Ada yang duji dgn pahit, ada yang sukar dan ada yang getir. Namun  persoalannya adakah dengan ujian cinta itu membuatkan kita ini lebih dekat  pada Tuhan Yang Maha Esa ataukah kita menjadi lebih jauh dari-Nya? Adakah  mencintai cinta dunia itu lebih indah dari mengenali cinta yang lebih  hakiki. Adakah dgn ujian cinta yg dialami itu membuatkan kita berfikir  serta menilai betapa berharganya erti sebuah cinta menurut Islam? Oleh  itu, tepuklah dada, tanyalah pada diri sendiri...
"Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh."
Teringat  bait kata ini yang aku baca di blog sahabatku. Bertemu kembali ketika  menonton filem Ayat-ayat Cinta bersama adik bongsu tersayang. Ya, bagi aku  juga memang sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Mesir itu sangat indah bersama sungai  yang terpanjang di dunia itu. Tanpa sungai Nil malam dan siang di Mesir itu  bagaikan tidak hidup. Kedinginan Mesir masih lagi setia ditemani sungai Nil  hingga kini. Tidak pernah ia meninggalkannya dan tidak pernah ianya  kering. Sungai Nil itu penyejuk hati mesir. Mesir itu sangat memerlukan sungai Nil  dalam kehidupannya dan begitu juga sebaliknya dan kerana itulah juga aku  rasa mengapa sungai Nil dan Mesir itu bertemu.
Tiba-tiba  aku rasa rindu pada mesir. Hembusan angin yang begitu halus di waktu  petang, sambil termenung sayu melihat arus sungai Nil bisa membuatkan jiwa  aku tenang dari gusar. Sunnguh rindu melihat wajah sungai Nil yang sentiasa  mengingatkan aku pada kisah Nabi Musa yang dihanyutkan oleh ibunya, khuatir  anaknya itu dibunuh oleh Firaun laknatullah...
“Aku rasa sungai Nil itu juga banyak mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran.”
Duhai diri, tabahlah! Bahagia itu pasti tiba.
“Ya Allah..jika jodohku jauh, maka Kau dekatkanlah..”
“Jika jodohku sukar, Kau permudahkanlah..”
“Kurniakan aku Ya Allah, suami yg soleh, anak-anak yang soleh dan solehah, keluarga yang soleh, agar aku dapat mengenal rasa cinta kepada-Mu.”
Aminn Ya Rabbal 'Alamin...
by Rea Hana
- i keep thinking of you, i know it's hard..but please be stronger than ever.
by Rea Hana
- i keep thinking of you, i know it's hard..but please be stronger than ever.

No comments:
Post a Comment