Izinkan ya Allah agarku menjadi permata, tetap menyinar walau di lumpur hina, tetap berharga walau di mana sahaja, buat ummah dan juga keluarga. Izinkanku menjadi seindah mawar berduri, yang menjadi impian setiap muslimah, yang indahnya bukan untuk lelaki, tetapi permata untuk yang bernama suami.
Friday, March 16, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Sunday, March 11, 2012
للحياة أسرار
Apa yang kita lalui, itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami, itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
Peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
Orang lain mungkin tidak pernah tahu.
Namun mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
Tetapi ‘rasa’ itu tidak akan sama kerana keadaan kita berbeza.
Tetapi ‘rasa’ itu tidak akan sama kerana keadaan kita berbeza.
Biarlah, andai jalanan kehidupan kita tidak sama seperti insan lain.
Redhalah, andai ketentuan perjalanan kita tidak seperti orang lain.
Siapa tahu, perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
Pelik di pandangan manusia, namun istimewa pada nilaian ALLAH.
Saturday, March 10, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Tuesday, March 6, 2012
جزيل الشكر لكم
Aku kembara telah jauh.
Namun, kolam hatiku kian keruh.
Beban tambah berat, diriku kian penat.
Urusan kian payah.
Jiwa semakin gundah.
Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku yang baru sahaja berlalu aku akan 'dilahirkan' semula.
Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu.
Buat sahabat, teman dan kenalan...
Terima kasih di atas ingatan kalian.
Pada yang jauh, maafkan ku kerana gagal mendekat.
Pada yang hampir, maafkanku kerana gagal membelai.
Diriku cuma insan biasa yang penuh khilaf.
Monday, March 5, 2012
Sunday, March 4, 2012
Friday, February 24, 2012
Monday, February 13, 2012
Sunday, February 12, 2012
Menepis Kesedihan Di Musim Duka...
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam di hatiku. Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu. Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku. Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang berderai..
Saturday, February 11, 2012
Friday, February 10, 2012
Sunday, February 5, 2012
Saturday, February 4, 2012
Friday, February 3, 2012
_Untitled_
I choose to love you in silence,
For in silence I find no rejection..
For in silence I find no rejection..
I choose to love you in loneliness,
For in loneliness no one owns you but me..
I choose to adore you from a distance,
For distance will shield me from pain..
I choose to hold you in my dreams,
For in my dreams, you have no end..
BUT, the truth is I prefer to leave you because of Allah,
Because Allah will take care of you better than me.
Thursday, January 12, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Please Smile Once Again My Dear...
Ketika senja merona, mentari kan meredup cahayanya, kerana ia tengah tenggelam dalam peraduannya. Burung-burung pun kembali ke sarang. Namun, berbahagialah kerana sebentar lagi kan terdengar kumandang azan. Sejenak lagi kan menguning sinar rembulan.
Ketika dentuman hujan menerjang bumi, derasnya kan menghantam atap, petir pun bergemuruh. Angin-angin kan menggoyangkan pelepah kelapa atau pisang. Namun berbahagialah, sebentar lagi rumput kan menghijau bersemi, bunga-bunga bermekaran, kupu-kupu datang menyusuri taman dan pelangi kan mempamerkan pesona warna mewahnya.
Ketika musim gugur, daun-daun kan menguning tua lalu layu. Jatuhlah ia ke tanah. Namun, berbahagialah, sebentar lagi kan bertandang musim semi yang menghadiahkan dahan-dahan seribu dedaunan muda. Burung-burung kan bernostalgia mendendangkn sejuta kebahagiaan.
Sahabatku….
Berbahagialah, hilangkan sedih dan lara..
Telah tiba saatnya keluar dari nestapa..
Ini ku goreskn sejuta tinta agar kau tersenyum wahai sahabat..

Tuesday, January 10, 2012
Monday, January 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)