Sunday, March 11, 2012

للحياة أسرار


Apa yang kita lalui, itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami, itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.

Peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
Orang lain mungkin tidak pernah tahu.

Namun mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
 Tetapi ‘rasa’ itu tidak akan sama kerana keadaan kita berbeza.

Biarlah, andai jalanan kehidupan kita tidak sama seperti insan lain.
Redhalah, andai ketentuan perjalanan kita tidak seperti orang lain.

Siapa tahu, perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
Pelik di pandangan manusia, namun istimewa pada nilaian ALLAH.

No comments:

Post a Comment