Tuesday, March 6, 2012

جزيل الشكر لكم

Aku kembara telah jauh. 
Namun, kolam hatiku kian keruh. 
Beban tambah berat, diriku kian penat.
Urusan kian payah.
Jiwa semakin gundah. 

Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku yang baru sahaja berlalu aku akan 'dilahirkan' semula.
Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu.

Buat sahabat, teman dan kenalan...
Terima kasih di atas ingatan kalian. 

Pada yang jauh, maafkan ku kerana gagal mendekat. 
Pada yang hampir, maafkanku kerana gagal membelai.
Diriku cuma insan biasa yang penuh khilaf.


No comments:

Post a Comment