Saturday, December 31, 2011

Buat Yang Peduli...

Kita selalu mengaku,
Kita sayang sahabat kita,
Tapi, pernahkah kita selami hatinya?

Bila berkesempatan,
Ambil masa untuk duduk di sisinya,
Sentuh tangannya dan lihatlah matanya,
Masihkah matanya bersinar seperti dulu,
Atau yang ada cuma cebisan-cebisan luka yang dia simpan...

Lihatlah ke bibirnya,
Senyumannya masihkah setulus dulu,
Atau dia cuma berpura-pura menutup luka di hatinya...

Dengarlah butir bicaranya,
Masihkah dia petah seperti dulu,
Atau cuma sepatah dua yang lahir di bibirnya...

Biarlah sejauh mana terpisah,
Jangan pernah lupa padanya...

Dia mungkin tidak menghubungimu,
Tetapi, tidak bermakna dia melupakanmu...

Dia mungkin tidak bercerita,
Tetapi tidak bermakna tiada apa yang mahu dia kongsi...

Tanyalah khabarnya,
Jenguklah dia...

Bila kamu sudah bahagia,
Jangan pernah lupakan sahabat kamu...

Jangan putuskan silaturahim,
Hanya kerana jarak yang tercipta...


No comments:

Post a Comment