Kenangan lalu menganggu mindaku. Gambar, video dan segala rakaman dia membuatkan aku tiba-tiba sedih dan pilu. Bukan niat untuk membuka kembali kisah silam yang telah terukir. Cuma diri ini susah untuk melenyapkan segala apa yang bermain di minda.
Satu per satu segalanya kembali segar dalam ingatanku. Kenangan pertemuan bersama dia 4 tahun lalu sungguh membuatkan diri ini terusik. Kalaulah dia tidak hadir entah apa agaknya terjadi pada diriku. Dialah antara pembakar semangat, peneman aku berkongsi suka, penenang aku tika duka, penolong aku ketika susah dan dia juga antara insan yg paling memahami diri ini sepanjang kehidupanku.
4 tahun berlalu penuh dgn kisahnya tersendiri. Kegembiraan bertemu tapi perjalananya begitu sukar. Goyah dengan pelbagai ujian dan cabaran. Kekangan terlalu banyak menghalang. Betapa sukarnya melalui segala masalah yang bergolak di jiwa. Mencuba bertahan menjalani kehidupan seperti biasa. Perjalanan yang begitu sukar kadang-kadang mendatangkan rasa sesal. Sedih memilih jalan ini. Abis rosak jiwaku, abis rosak cintaku pada Ilahi..
Berkali-kali dan mungkin juga berjuta kali aku ingin untuk menghentikan segala-galanya. Mahu ditinggalkan dan ditinggalkan. Ingin aku menjadi seperti yang lain, mudah sahaja menolak cinta. Ingin aku buat tidak peduli. Namun dadaku sesak memikirkannya. Bagi aku bukan mudah untuk menyintai seseorang dan bukan mudah untuk melepaskan begitu sahaja rasa sayang pada seseorang yang lain. Bagi aku cinta itu terlalu istimewa. Tidak akan ada dua atau tiga…
Aku ingin mencintai seseorg itu dengan tulus hatiku. Aku mahu cintaku mengalir bersama keredhaan dan keberkatan Ilahi. Kerana aku ingin merasai rasa cinta yang lebih indah iaitu cinta Ilahi. Aku ingin hidup kerana-Nya. Melaksanakn segalanya dgn tenang.
Setiap insan pasti akan diuji tentang cinta. Namun yang berbeza mungkin pada jalan ceritanya. Ada yang duji dgn pahit, ada yang sukar dan ada yang getir. Namun persoalannya adakah dengan ujian cinta itu membuatkan kita ini lebih dekat pada Tuhan Yang Maha Esa ataukah kita menjadi lebih jauh dari-Nya? Adakah mencintai cinta dunia itu lebih indah dari mengenali cinta yang lebih hakiki. Adakah dgn ujian cinta yg dialami itu membuatkan kita berfikir serta menilai betapa berharganya erti sebuah cinta menurut Islam? Oleh itu, tepuklah dada, tanyalah pada diri sendiri...
"Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh."
Teringat bait kata ini yang aku baca di blog sahabatku. Bertemu kembali ketika menonton filem Ayat-ayat Cinta bersama adik bongsu tersayang. Ya, bagi aku juga memang sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Mesir itu sangat indah bersama sungai yang terpanjang di dunia itu. Tanpa sungai Nil malam dan siang di Mesir itu bagaikan tidak hidup. Kedinginan Mesir masih lagi setia ditemani sungai Nil hingga kini. Tidak pernah ia meninggalkannya dan tidak pernah ianya kering. Sungai Nil itu penyejuk hati mesir. Mesir itu sangat memerlukan sungai Nil dalam kehidupannya dan begitu juga sebaliknya dan kerana itulah juga aku rasa mengapa sungai Nil dan Mesir itu bertemu.
Tiba-tiba aku rasa rindu pada mesir. Hembusan angin yang begitu halus di waktu petang, sambil termenung sayu melihat arus sungai Nil bisa membuatkan jiwa aku tenang dari gusar. Sunnguh rindu melihat wajah sungai Nil yang sentiasa mengingatkan aku pada kisah Nabi Musa yang dihanyutkan oleh ibunya, khuatir anaknya itu dibunuh oleh Firaun laknatullah...
“Aku rasa sungai Nil itu juga banyak mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran.”
Duhai diri, tabahlah! Bahagia itu pasti tiba.
“Ya Allah..jika jodohku jauh, maka Kau dekatkanlah..”
“Jika jodohku sukar, Kau permudahkanlah..”
“Kurniakan aku Ya Allah, suami yg soleh, anak-anak yang soleh dan solehah, keluarga yang soleh, agar aku dapat mengenal rasa cinta kepada-Mu.”
Aminn Ya Rabbal 'Alamin...
by Rea Hana
- i keep thinking of you, i know it's hard..but please be stronger than ever.
by Rea Hana
- i keep thinking of you, i know it's hard..but please be stronger than ever.
No comments:
Post a Comment