Friday, November 30, 2012

Ada Duka Yang Tetap Menjadi Rahsia Antara Kita Dan DIA...

Dan kadang kala,
Akan ada duka yang tak akan mampu kita kongsi,
Walau ada seribu telinga yang mahu mendengar,
Walau ada seribu mulut yang bertanya.

Hatta,
Walau ada begitu banyak bahu untuk kita sandarkan dan menangis.

Akan ada duka yang masih terbungkam dan tersimpan,
Disimpan rapi dalam hati,
Tersembunyi dalam senyum dan tawa.

Bukan kita tak mahu,
Tapi kita tak mampu.

Dan bukan kerana tak percaya,
Cuma kerana kita tak tahu bagaimana harus kita mula.

Dan kerana terkadang,
Bahasa memang gagal menzahirkan sebuah rasa.

Friday, November 23, 2012

.::Untitled::.

Mungkin ada banyak benda yang tak terungkap itu,
Lebih baik tersimpan tak diluah,
Kerana mungkin ada hikmah dan sebab,
ALLAH menjadikan ianya sukar untuk diluahkan.

Tuesday, November 13, 2012

Kelapangan .. ~


Kelapangan terkadang menjeruk rasa.
Membuat kita memikirkan apa yang sudah selayaknya kita lupakan.

Membuat kita mengenang apa yang sudah sepatutnya kita tinggalkan.
Lantas, membuat kita bersedih.

Mengisi kelapangan dengan rasa sedih yang pernah kita tinggalkan,
Tentunya bukan keputusan yang baik.

Ya, 
Seharusnya kelapangan itu membuat kita sedar,
Bahawa kita sebenarnya belum mampu melupakan kesedihan kita.

Kita hanya menutupi rasa sedih itu dengan kesibukan demi kesibukan.

Kita membungkus rasa sedih itu jauh ke dalam hati,
Menyembunyikannya dari diri sendiri.

Biar kelapangan yang ‘mengamit’ kesedihan itu membuat kita sedar,
Bahawa kita belum benar-benar melupakan kesedihan itu.

Biar kelapangan itu membuka mata kita.

Biarkan kelapangan menjadi saksi,
Bahawa kita terkadang menjadi pembohong pada diri sendiri.

Biar kelapangan menjadi guru,
Yang mengajar kita untuk keluar dari kesedihan.

Biarkan ia mendidik kita walau dengan kesakitan.

Kerana sesungguhnya,
Mengisi kelapangan dengan rasa sedih yang pernah kita tinggalkan,
Tentunya bukan keputusan yang baik.

Tuesday, October 16, 2012

Sesuatu Buat Kamu Yang Tidak Pernah Tahu...


Dan aku tahu,
Tanpa doa ku,
Kamu masih akan berbahagia.

Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.

Kerana aku percaya,

Walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya.

Ketahuilah.

Rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.

Doa ku, mungkin juga tidak lagi aku titipkan.

Harapanku, mungkin juga akan aku terlupakan.

Jujur, kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,

Untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.

Ya, melupakan memang tidak mudah,

Namun terus mengingat dan mengenang juga tidak selalu indah.

Wednesday, October 10, 2012

Melupakan.. ~

Melupakan,
Itu mungkin mengambil masa.

Terkadang bergantung kepada apa yang kita simpan sebagai kenangan.
Terkadang bergantung kepada apa yang telah kita lalui.

Terlalu banyak yang kita kongsi?
Maka akan banyak masa yang kita ambil untuk melupakan.

Terlalu banyak yang kita harapkan terjadi?
Maka akan banyak masa juga diperlukan untuk merawat hati.

Semakin banyak yang kita bina bersama,
Maka semakin payah untuk kita melaluinya sendiri.

Tapi, DIA ada.
Dan sebaik-baik tempat meminta adalah pada-NYA.
Ambillah masa.

Pedulikan mereka yang berkata dan terus berkata.
Apabila ia melukakan, maka pujuklah diri.


Friday, September 28, 2012

.....


Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.

Kita lemparkan ke hujung dunia,

Kita hapuskan dari minda dan ingatan.

Bukan kerana kita membenci.


Tetapi kerana meyedari,

Mengingatinya,
Hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.

Menyimpannya,

Hanya membuat kita terpaku pada sebuah angan-angan.

Bukan membenci.

Bukan berputus asa.

Cuma sedar,

Ada sesetengah perkara,
Memang bukan hak kita.


Thursday, August 16, 2012

Don't Despair My Dear...

If you give up when it’s winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall. Don’t let the pain of one season destroy the joy of all the rest. Don’t judge life by one difficult season. Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later.